Sembang-sembang

Tuesday, February 2, 2010

Bagaimana menjana minda JUTAWAN anda ?

Menjadi JUTAWAN sememangnya suatu yang pasti diidamkan oleh anda, bukan ?
Tetapi, adakah setiap orang tahu bagaimana untuk menjadi JUTAWAN ?
Sudah tentu tidak semua orang tahu, bukan ?
Jika tidak, masakan ramai yang hanya menjadi JUTAWAN hanya dalam angan-angannya.
Adakah anda tahu caranya ?
Sebelum menjadi JUTAWAN, anda perlulah mempunyai keinginan kuat lagi utuh untuk menjadi JUTAWAN
serta perlu menjana minda anda terlebih dahulu agar menjadi minda JUTAWAN.
Bagaimana agaknya anda boleh menjana minda JUTAWAN ?
Semestinya anda perlu belajar sebanyak mungkin ilmu dari orang-orang JUTAWAN.
Anda boleh mulakan dari sekarang.
Anda boleh mulakan belajar dari buku-buku yang ada di pasaran.
Buku-buku yang anda minati yang dapat meningkatkan kesedaran anda terhadap kewangan ,
buku-buku yang dapat memceritakan pengalaman dari ramai JUTAWAN dari pelbagai bidang &
buku- buku yang dapat memberikan anda ilmu-ilmu baru yang tidak anda terfikirkan sebelum ini.
Hanya dengan ilmu sahaja, anda dapat menjana minda JUTAWAN anda.
Anda boleh mulakan dengan sebulan sebuah buku.
Sebagai contoh, peruntukkan bajet maksima RM50 untuk pembelian buku kesukaan anda.
Apa yang penting adalah buku yang anda beli itu dapat memberikan anda sesuatu ilmu yang baru.
Bukankah setiap pembelian buku beresit boleh mendapat penolakan cukai pendapatan ?
Anda tidak perlu merasa rugi.
Membeli & membacalah sekurang-kurangnya sebuah buku
yang dapat menjana minda JUTAWAN anda setiap bulan.
Anda akan dapat rasai hasilnya.

-Petikan ucapan Cikgu Ubbig-

2 comments:

Nurdin said...

Nice Article...

salam kenal sob...

Ubbig said...

terima kasih...salam kenal juga