Wednesday, February 17, 2010

BAGAIMANA MENGURANGKAN KEJUTAN DALAM ALIRAN KEWANGAN BULANAN ANDA...

Setiap tahun dalam bulan-bulan tertentu, anda pasti terpaksa menggunakan sejumlah wang yang besar bagi tujuan tertentu, bukan ? Seperti memperbaharui cukai jalan kereta, memperbaharui insurans kereta, membayar zakat (bagi yang beragama Islam) & sebagainya.

Bagaimana anda mengawal bajet duit belanja anda untuk tujuan tersebut ? Memang ada sebahagian dari anda yang mengamalkan kutu, bukan ? Cara ini memang boleh digunakan. Tapi, bukankah ada baiknya anda mencuba cara yang lebih baik ? Bagaimanakah caranya ?

Mula-mula, senaraikan perbelanjaan dalam setahun yang akan berulang pada tahun akan datang. Pastikan perbelanjaan tersebut adalah perbelanjaan yang sememangnya memakan bajet bulanan yang tinggi bagi anda. Oleh kerana perbelanjaan tersebut merupakan perbelanjaan berulang, sudah pasti anda dapat menganggarkan jumlah bajet yang anda perlukan. Anda bahagikan dengan 12 bulan. Jumlah yang anda dapat itu merupakan jumlah yang perlu disimpan setiap bulan sebelum anda dijangkakan bakal memerlukan bajet tersebut.

Sebagai contoh, saya senaraikan seperti di bawah :-
(1) Perbaharui insurans kereta RM600. Target pada Mei 2011.
Jadi, RM600 / 12 = RM50
Mula simpan = Mei 2010
(2) Bayar zakat RM480. Target pada Okt 2011.
Jadi, RM480 / 12 = RM40
Mula simpan = Okt 2010
(3) Bayar cukai jalan RM144. Target pada Mei 2011.
Jadi, RM144 /12 = RM12
Mula simpan = Mei 2010
(4) Simpanan 20% dari gaji bulanan.
Dengan mengambil mudah gaji bersih bulanan RM1800,
maka simpanan 20% adalah berjumlah RM360.

Maka, simpanan anda bermula dari bulan Mei 2010 adalah seperti berikut :-
Mei 2010 : RM50 + RM12 + RM360 = RM422
Jun 2010 : RM50 + RM12 + RM360 = RM422
Jul 2010 : RM50 + RM12 + RM360 = RM422
Aug 2010 : RM50 + RM12 + RM360 = RM422
Sep 2010 : RM50 + RM12 + RM360 = RM422
Okt 2010 : RM50 + RM40 + RM12 + RM360 = RM462
Nov 2010 : RM50 + RM40 + RM12 + RM360 = RM462
Dis 2010 : RM50 + RM40 + RM12 + RM360 = RM462
Jan 2011 : RM50 + RM40 + RM12 + RM360 = RM462
Feb 2011 : RM50 + RM40 + RM12 + RM360 = RM462
Mar 2011 : RM50 + RM40 + RM12 + RM360 = RM462
Apr 2011 : RM50 + RM40 + RM12 + RM360 = RM462
Mei 2011 : RM50 + RM40 + RM12 + RM360 = RM462
Ketika ini anda memerlukan RM744 untuk
perbelanjaan no (1) & (3).
Anda tidak perlu menyimpan pada bulan ini.
Anda gunakan RM462 + pengeluaran RM282 untuk
tujuan perbelanjaan no (1) & (3).
Selain menggunakan teknik pengeluaran,
anda boleh menggunakan...
teknik penangguhan simpanan bulan sebelumnya.
Iaitu, simpan hanya RM180 pada bulan Apr 2011,
manakala bakinya RM282 dibawa ke Mei 2011.
Jun 2011 : RM50 + RM40 + RM12 + RM360 = RM462
Jul 2011 : RM50 + RM40 + RM12 + RM360 = RM462
Aug 2011 : RM50 + RM40 + RM12 + RM360 = RM462
Sep 2011 : RM50 + RM40 + RM12 + RM360 = RM462
Okt 2011 : RM50 + RM40 + RM12 + RM360 = RM462
Ketika ini anda memerlukan RM480
untuk perbelanjaan no (2).
Anda tidak perlu menyimpan pada bulan ini.
Anda gunakan RM462 + pengeluaran RM18 untuk
tujuan perbelanjaan no (2).
Anda juga boleh menggunakan teknik penangguhan
simpanan bulan sebelumnya.
Nov 2011 : RM50 + RM40 + RM12 + RM360 = RM462
Dis 2011 : RM50 + RM40 + RM12 + RM360 = RM462
Bulan-bulan seterusnya...

Teruskan simpanan anda & kembangkan lagi senarai perbelanjaan berulang dalam setahun. Anda boleh menyimpan sama ada di Amanah Saham PNB atau pun Tabung Haji. Dengan cara ini, anda dapat meminimakan kejutan dalam aliran kewangan bulanan anda & pada masa yang sama, anda dapat menuai hasil dividen, bonus & sebagainya dari hasil simpanan bulanan anda.
Praktiskan setiap bulan & jadikan amalan ini sebagai azam baru anda setiap tahun. Lakukan "checklist" bagi setiap simpanan bulanan yang berjaya anda simpan. Catatkan pada sehelai kertas yang ditampal pada cermin bilik solek atau almari baju contohnya, agar pasangan anda dapat sama-sama memantau keberkesanan usaha anda.

SELAMAT MENCUBA !!!

TUTORIAL PRODUK PENTERJEMAH BIAIBIEM !!!

Sambungan daripada PROMOSI & TAWARAN HEBAT seperti entri di bawah,
maka pihak Ubbig telah menawarkan tutorial bergambar
untuk pemahaman yang lebih jelas mengenai produk Penterjemahan Macro BIAIBIEM ini.

Oleh itu, anda boleh layari link youtube di bawah ini...
http://www.youtube.com/watch?v=IeuAZ3ZcYlM

Dan... trial version untuk percubaan, boleh didownload seperti link di bawah ini
http://www.4shared.com/file/135534680/4b721699/Panduan_Menggunakan_Program_Penterjemah.html
http://www.4shared.com/file/135534682/a57c77b5/Program_Penterjemah_Bi_I-Bi_M_-_versi_percubaan.html

SELAMAT MENCUBA !!!

Monday, February 15, 2010

KACANG-KACANG PULAK !!!

BERAT BERSIH : 1/2 KG
KOS PENGHANTARAN : PERCUMA !!!
NET WEIGHT : 1/2 KG
POSTING COST : FREE !!!
KACANG PARANG SALUT KARI
HARGA (PRICE) : RM9.50
[Harga penghantaran percuma hanya utk Semenanjung]

Saturday, February 13, 2010

LAGI JAJAN TERBARU !!!

BERAT BERSIH : 1/2 KG
KOS PENGHANTARAN : PERCUMA !!!
NET WEIGHT : 1/2 KG
POSTING COST : FREE !!!
JAJAN KENTANG BIASA
HARGA (PRICE) : RM9

Tuesday, February 2, 2010

Bagaimana menjana minda JUTAWAN anda ?

Menjadi JUTAWAN sememangnya suatu yang pasti diidamkan oleh anda, bukan ?
Tetapi, adakah setiap orang tahu bagaimana untuk menjadi JUTAWAN ?
Sudah tentu tidak semua orang tahu, bukan ?
Jika tidak, masakan ramai yang hanya menjadi JUTAWAN hanya dalam angan-angannya.
Adakah anda tahu caranya ?
Sebelum menjadi JUTAWAN, anda perlulah mempunyai keinginan kuat lagi utuh untuk menjadi JUTAWAN
serta perlu menjana minda anda terlebih dahulu agar menjadi minda JUTAWAN.
Bagaimana agaknya anda boleh menjana minda JUTAWAN ?
Semestinya anda perlu belajar sebanyak mungkin ilmu dari orang-orang JUTAWAN.
Anda boleh mulakan dari sekarang.
Anda boleh mulakan belajar dari buku-buku yang ada di pasaran.
Buku-buku yang anda minati yang dapat meningkatkan kesedaran anda terhadap kewangan ,
buku-buku yang dapat memceritakan pengalaman dari ramai JUTAWAN dari pelbagai bidang &
buku- buku yang dapat memberikan anda ilmu-ilmu baru yang tidak anda terfikirkan sebelum ini.
Hanya dengan ilmu sahaja, anda dapat menjana minda JUTAWAN anda.
Anda boleh mulakan dengan sebulan sebuah buku.
Sebagai contoh, peruntukkan bajet maksima RM50 untuk pembelian buku kesukaan anda.
Apa yang penting adalah buku yang anda beli itu dapat memberikan anda sesuatu ilmu yang baru.
Bukankah setiap pembelian buku beresit boleh mendapat penolakan cukai pendapatan ?
Anda tidak perlu merasa rugi.
Membeli & membacalah sekurang-kurangnya sebuah buku
yang dapat menjana minda JUTAWAN anda setiap bulan.
Anda akan dapat rasai hasilnya.

-Petikan ucapan Cikgu Ubbig-

Thursday, January 21, 2010

KISAH CIKGU UBBIG DAN ANAK MURIDNYA...

Suatu petang di sebuah Sekolah Kebangsaan Ubbig...

Cikgu Ubbig : Jajan, setiap bulan berapa duit belanja yang kamu terima dari mak kamu ?

Jajan : Lebih kurang dalam 100 ringgit. Nape cikgu ?

Cikgu Ubbig : Tiada apa-apa. Cikgu sekadar ingin bertanya. Berapa baki selepas akhir bulan ?

Jajan : Alah tak banyak pun, cikgu. Biasanya dalam 5 ringgit ke 10 ringgit. Kadang-kadang je berbaki dalam 15 ringgit.

Cikgu Ubbig : Apa yang mak kamu akan pesan kalau kamu ada baki duit belanja ?

Jajan : Mak suruh simpan dalam bank. Itu pun kalau saya rajin menyimpan..hehehe

Cikgu Ubbig : Ish..mana boleh kamu malas-malas untuk menyimpan. Itu semua kan untuk kebaikan kamu juga.

Jajan : Saya tau, cikgu.

Cikgu Ubbig : Okeh, sekarang cikgu nak ajar kamu satu ilmu berguna untuk masa depan kamu. Kamu tahu tak konsep menyimpan yang sebenarnya atau cara menyimpan yang berkesan untuk masa depan ?

Jajan : Apa yang mak saya cakap..simpan baki duit belanja ke dalam bank.

Cikgu Ubbig : Konsep itu memang dah bagus. Tapi, mulai hari ini...kamu cuba konsep yang akan Cikgu ajarkan. Kamu simpan terlebih dulu sebelum kamu belanjakan duit yang kamu terima. Kamu boleh mulakan dengan simpanan 10% atau 20% dari duit belanja yang kamu terima bulan-bulan. Tahun seterusnya, kamu tingkatkan sedikit demi sedikit peratusan simpanan bulanan kamu. Tetapi, kalu perlulah menyimpan ke dalam akaun berasingan atau akaun yang tiada kad ATM. Ini bagi tidak memudahkan kita sewenang-wenangnya mengeluarkan simpanan bulanan kita.

Jajan : Wah..nanti duit belanja akan berkurang la cikgu.

Cikgu Ubbig : Demi masa depan, kamu perlu berdisiplin dalam menabung. Ini pun demi masa depan kamu juga. Cikgu sendiri pun menabung hampir 30% daripada gaji bulanan cikgu. Cikgu simpan dahulu baru cikgu berbelanja. Setiap tahun cikgu berazam akan pertingkatkan peratusan simpanan bulanan. InsyaAllah kamu akan merasai hasilnya sebagaimana yang cikgu rasai. Yang penting, kamu perlu mempunyai azam yang kuat lagi kental.

Jajan : InsyaAllah saya akan cuba praktikkan saranan cikgu.

Tuesday, January 19, 2010

PROMOSI & TAWARAN HEBAT !!! [Sembang-sembang sambil mencari nuff…]

A : Mari mari tawaran hebat lagi menarik…Kami menawarkan jualan keuntungan sehingga 50% bagi setiap jualan yg anda berjaya lakukan…Untung mudah saja kan ?

B : Wahh..untungnya memang banyak…

A : Dan lebih memudahkan lagi...Harga produk anda sendiri yang tetapkan…Memang sangat mudah kan ?

B : Wahh ini boleh buat untung lebih..Pecahan keuntungan pula bagaimana ?

A : 50% dari hasil jualan adalah hak anda…banyak bukan ? Semakin banyak jualan anda, semakin banyak keuntungan yang anda perolehi…

B : Eh, nanti dulu…tapi apa produk jualan sebenarnya ?

A : Kamus Excel Macro BiAiBiEm !
Kami menawarkan 5 versi kamus BiAiBiEm sebagai permulaan.
Versi 1 : Kamus BiAiBiEm dengan 1,000 patah perkataan Versi 2 : Kamus BiAiBiEm dengan 2,000 patah perkataan
Versi 3 : Kamus BiAiBiEm dengan 3,000 patah perkataan
Versi 4 : Kamus BiAiBiEm dengan 4,000 patah perkataan
Versi 5 : Kamus BiAiBiEm dengan 5,000 patah perkataan


B : Macam tak pernah dengar…kamus apa tu ?

A : Kamus penterjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.
Kamus ini menggunakan Microsoft Excel Macro.
Kelebihannya memang banyak. Untuk penjual pun ada kelebihannya.


B : Eh kalau saya nak jadi penjual pun ada kelebihan ke ?

A : Kenapa pula tidak…
Produk kami yang bagus ini sememangnya memberi keuntungan kepada semua.
Penjual tidak perlu menyimpan fizikal stok.
Penjual tidak perlu membayar bagi setiap produk stok.
Produk yang ringan dan mudah. Hanya tempatkan dalam USB drive sudah OK !


B : Bagaimana pula dengan kelebihan produk itu sendiri ?

A : Kelebihan utama ini yang paling istimewa….
Pembeli dapat menambah jumlah perkataan dengan sendiri.
Bilangan kosa kata dapat dipertingkatkan dari masa ke masa.

Kelebihan lain pula seperti berikut :-
1) Bukan sahaja mampu menterjemah perkataan,
malah ayat-ayat panjang berjela juga tidak menjadi masalah lagi.
2) Boleh digunakan di mana-mana komputer / PC


B : Bagaimana boleh saya mulakan jualan ?

A : Mudah saja…Anda ikut langkah-langkah di bawah…
1) Dapatkan jualan sebanyak mungkin
[Huraian versi produk & harga haruslah diberitahu kepada kami.]
2) Pembayaran oleh pembeli kepada kami.
3) Penghantaran produk yang dikehendaki oleh pembeli.
4) Pembayaran kepada penjual sebanyak 50%

Apa lagi yang anda tunggu…