Thursday, January 21, 2010

KISAH CIKGU UBBIG DAN ANAK MURIDNYA...

Suatu petang di sebuah Sekolah Kebangsaan Ubbig...

Cikgu Ubbig : Jajan, setiap bulan berapa duit belanja yang kamu terima dari mak kamu ?

Jajan : Lebih kurang dalam 100 ringgit. Nape cikgu ?

Cikgu Ubbig : Tiada apa-apa. Cikgu sekadar ingin bertanya. Berapa baki selepas akhir bulan ?

Jajan : Alah tak banyak pun, cikgu. Biasanya dalam 5 ringgit ke 10 ringgit. Kadang-kadang je berbaki dalam 15 ringgit.

Cikgu Ubbig : Apa yang mak kamu akan pesan kalau kamu ada baki duit belanja ?

Jajan : Mak suruh simpan dalam bank. Itu pun kalau saya rajin menyimpan..hehehe

Cikgu Ubbig : Ish..mana boleh kamu malas-malas untuk menyimpan. Itu semua kan untuk kebaikan kamu juga.

Jajan : Saya tau, cikgu.

Cikgu Ubbig : Okeh, sekarang cikgu nak ajar kamu satu ilmu berguna untuk masa depan kamu. Kamu tahu tak konsep menyimpan yang sebenarnya atau cara menyimpan yang berkesan untuk masa depan ?

Jajan : Apa yang mak saya cakap..simpan baki duit belanja ke dalam bank.

Cikgu Ubbig : Konsep itu memang dah bagus. Tapi, mulai hari ini...kamu cuba konsep yang akan Cikgu ajarkan. Kamu simpan terlebih dulu sebelum kamu belanjakan duit yang kamu terima. Kamu boleh mulakan dengan simpanan 10% atau 20% dari duit belanja yang kamu terima bulan-bulan. Tahun seterusnya, kamu tingkatkan sedikit demi sedikit peratusan simpanan bulanan kamu. Tetapi, kalu perlulah menyimpan ke dalam akaun berasingan atau akaun yang tiada kad ATM. Ini bagi tidak memudahkan kita sewenang-wenangnya mengeluarkan simpanan bulanan kita.

Jajan : Wah..nanti duit belanja akan berkurang la cikgu.

Cikgu Ubbig : Demi masa depan, kamu perlu berdisiplin dalam menabung. Ini pun demi masa depan kamu juga. Cikgu sendiri pun menabung hampir 30% daripada gaji bulanan cikgu. Cikgu simpan dahulu baru cikgu berbelanja. Setiap tahun cikgu berazam akan pertingkatkan peratusan simpanan bulanan. InsyaAllah kamu akan merasai hasilnya sebagaimana yang cikgu rasai. Yang penting, kamu perlu mempunyai azam yang kuat lagi kental.

Jajan : InsyaAllah saya akan cuba praktikkan saranan cikgu.

No comments: